Dua puluh tahun yang lalu,salah faham terhadap masyarakat dunia mengenai Islam dan wanita Muslim sudah menjadi lumrah kehidupan.Menurut pengalaman Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar,semasa beliau menghadiri persidangan perubatan di Barat beliau kerap di ajukan soalan mengenai apakah yang dipakai di atas kepala, kenapa memakainya dan tidakkah ia mengganggu kerjaya?
Soalan tersebut sering diguna pakai untuk jawapan memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim dan secara automatik beliau menjawab soalan terakhir.
Tragedi pengeboman Bali pada tahun 2002 yang telah mengorbankan 202 orang kebanyakannya adalah daripada pelancong asing dan tragedi pada 11 September 2001 mendatangkan kerisauan kepada beliau apabila ke luar negara. Disebabkan itu beliau telah dinasihatkan agar berhati-hati pada ketika itu dalam memilih pakaian serta tudung dan perlu mengambil kira soal saiz dan dan warna.
Namun,bagi suami beliau tidak menjadi masalah kerana hanya dengan mencukur janggut yang sering dikaitkan dengan lelaki Muslim.
Bagi wanita ianya merupakan isu besar dengan menanggalkan tudung bukan lah pilihan terbaik.Hak wanita Muslim untuk terus berhijab yang merupakan kewajipan agama pada ketika itu telah menjadi masalah utama.
Dengan adanya internet dan kini telah diguna pakai secara meluas diseluruh pelusuk dunia ia sepatutnya menjadikan seseorang itu memahami mengenai perbezaan dan hak beragama mengikut agama masing-masing.
Meskipun,dunia semakin maju pemikiran mengenai isu ini masih tidak mampu mengubah apa-apa persepsi terhadap wanita Islam,dan Islamofobia terus berleluasa.
Di dalam media semas juga sering memaparkan bahawa wanita berhijab selalu ditindas atau simbol kepada kumpulan pengganas militan.Media juga selalu memaparkan berita tragedi pengeboman, tembakan dan penculikan yang dikaitkan dengan pengganas Muslim, sedangkan tidak semestinya wanita berhijab akan bertindak sedemikian.
Di Perancis,paparan berita yang menunjukkan poster wanita berhijab terus di manipulasikan selepas serangan di sekitar stadium di Paris yang melibat seramai 130 orang terbunuh pada tahun 2015.Malah,serangan itu juga telah dikaitakan dengan pengganas Daesh.Poster tersebut sebenarnya telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada wanita Muslim di negara itu.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh seorang wartawan,Deniz B Serinci terhadap liputan media Denmark mengenai wanita Muslim ianya melibatkan sebanyak 1,600 artikel di dalam enam akhbar utama tempatan dari tahun 1999 hingga 2013.Tambahnya lagi,kebanyakkan daripada isi kandungan artikel tersebut berunsur negatif dan hanya menindas golongan wanita Islam.
Hanya beberapa sahaja artikel positif mengenai wanita Islam yang ditulis namun hanya melibatkan agenda sosial, ekonomi dan politik negara.
Paparan wanita Muslim berhijab hanya tokoh yang sangat berjaya di media, menguatkan lagi persepsi kejayaan wanita Muslim adalah sangat luar biasa dan bukan kebiasaan.
Meskipun,wanita behijab pada zaman ini kebanyakannya mempunyai kerjaya tersendiri,mereka masih lagi terus di tindas.
Apabila Ibtihaj Muhammad menjadi wanita berhijab Amerika Syarikat (AS) pertama memenangi pingat pada acara lawan pedang di Sukan Olimpik 2016, pengacara rancangan temu bual Rush Limbaugh sinis bertanya: "Kenapa meraikan wanita yang memakai sesuatu (hijab) yang dipaksakan ke atasnya oleh agama dan agama yang ditentukan oleh lelaki?"
European Network Against Racism (ENAR), jaringan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menangani isu rasisme di Eropah mengeluarkan laporan padat mengenai wanita Muslim bertajuk Forgotten Women: The Impact of Islamophobia on Muslim Women pada 2016.
Diharapa ianya dapat membuka mata masyarakat mengenai wanita Muslim terus ditindas oleh masyarakat.
Pada 4 Mac 2017, Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) telah mengharamkan penggunaan pakaian yang melambangkan politik, falsafah dan agama di tempat kerja.
Walau bagaimanapun,majikan dibenarkan menguatkuasa larangan itu sekiranya syarikat tersebut mempunyai peraturan yang mewajibkan pekerja untuk berpakaian secara neutral.
Tahukah anda bahawa setiap hotel yang wujud pada zaman dahulu melarang pekerjanya memakai tuudng.
Keputusan ECJ dikritik ramai kerana hanya menindas wanita Muslim berhijab.
Justeru, wanita Muslim berhijab menerima 'triple penalties' atau tiga hukuman dalam pekerjaan dan kehidupan sosial, iaitu 'dihukum' kerana jantina, etnik dan kepatuhan beragama.
Penhujung tahun 2017,Malaysia telah dikejutkan mengenai satu laporan daripada badan sekerja dab NGO mengenai wanita Muslim tidak dibenarkan untuk memakai hijab jika mahu bekerja dalam bidang perhotelan.
Menurut Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia,kakitangan hotel lebih dari 20 buah hotel bertarag 4 dan 5 bintang telah mengadu mengenai petugas wanita disuruh menanggalkan tudung jika mahu bekerja disitu.
International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) turut mendedahkan larangan bertudung di sesetengah rangkaian hotel tidak hanya dikenakan ke atas pekerja kaunter khidmat pelanggan, malah membabitkan juruwang, pengurus acara, kakitangan jamuan dan pembersih bilik bahkan mereka yang bekerja di bahagian dapur juga tidak dibenarkan memakai tudung.
Isu ini sama sekali telah mendatangkan kemarahan kepada graduan kursus perhotelan,pelancongan dan hospitaliti, apabila hak mereka mendapatkan pekerjaan melalui larangan berhijab mula dibangkitkan.
Sedangkan di negara ini,penindasan terhadap wanita Muslim berhijab tidak dapat diterima sama sekali.Ianya kerana telah melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Ia juga melanggar Perkara 8(2) dan bertentangan dengan Perkara 11(1). Tindakan majikan dari mana-mana sektor juga bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang diratifikasi Malaysia pada 1995.
Akta Pekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan sedia ada tidak mencukupi bagi melindungi wanita Muslim dari ditindas.
Akta khusus seperti Akta Kesamarataan (Equality Act) yang sesuai dengan undang-undang domestik dan sensitif kepada agama dan budaya perlu digubal bagi memastikan hak untuk wanita beragama Islam, baik Muslim mahupun bukan Muslim, terbela. dan terus diperjuangkan
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar adalah Presiden Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) dan Profesor Madya Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Sumber: Berita Harian Online.Editor-Sofia