INDONESIA-Pihak polis berjaya menahan seorang jururawat bernama Roria Siregar,di Batamkota,Indonesia.
Wanita ini telah ditahan oleh pihak polis susulan kejadian suspek didakwa menghina agama Islam melalui akaun facebooknya.
Penangkapan wanita ini telah diketuai oleh Ketua Polis Barelang Pol Kombes Hengki.
"Pihak saya mendapati ada seorang wanita dikatakan telah menghina agama Islam di media sosial,disebabkan itu pihak kami lakukan siasatan supaya suspek tidak terlepas,"ujar Hengki.
Menurut,Hengki,pada masa ini suspek masih lagi di siasat secara terperinci.
Hengki,mendakwa suspek bertindak memuat naik kepsyen sebegitu selepas berasa kecewa diatas tragedi pengemobam di beberapa daerah di sini.
Disebabkan itu suspek telah meluahkan segala-galanya di dalam Facebook,namun perbuatannya itu tetap salah di sisi undang-undang kerana menghina agama.
Suspek menulis "“Kami ibadah hanya hari Minggu itu pun cuma 2 jam. Kalian ibadah setiap minit, setiap detik. Kau fikir aku tak bosan dengar azan masjid tu. “apa gunanya kau ibadah 5 waktu, tak adaa gunanya kau puasa selama sebulan,. tulisnya.
Apa yang telah dimuat naik oleh wanita ini telah mendatangkan kemarahan terhadap umat Islam di media sosial terutama sekali penduduk Islam di Batam.
Walau bagaimanapun,posting tersebut dianggap sebagai satu provokasi dan telah menghina umat Islam.
Selepas netizen menghentamnya Ria bertindak memadam posting tersebut.Namun,beberapa orang netizen sempat membuat 'secreenshot' terhadap kenyataan panasnya itu di media sosial tanpa menitik beratkan soal sensitiviti umat Islam.
Bagaimanapun,Ria telah mengaku bersalah dan menyesal dengan membuat naik kepsyen sebegitu dia laman Facebooknya dan hanya mengikut kata hati sahaja.
Ria mendakawa dia menulis posting tersebut lantaran rasa kesal dengan kejadian pengeboman yang melibatkan tiga buah gereja di Surabaya.
Dia tidak menyangka bahawa posting tersebut telah mendatangkan rasa marah kerana menghina Islam secara umum.
Tetapi sayang,rasa kesal itu tidak dapat dikawal dan bertindak menulis kepsyen berbau hinaan terhadap umat Islam.
"Apa yang telah di sampaikan oleh Ria sewaktu soal siasat dijalankan tadi ,dia memberitahu bahawa dia tiada niat untuk menghina Islam.Dia hanya berasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana kejadian pengeboman itu telah mengakibatkan ramai manusia tidak berdosa meninggal dunia",kata Hengki.