"Teruskan Menipu,Kau Tunggu Azab Kubur" Diva AA,Takkan Maafkan Netizen Jadikan Dirinya Sebagai Bahan Jenaka


Selebriti yang seringkali dihimpit dengan pelbagai kontroversi panas,Azwan Ali atau lebih mesra di sapa dengan panggilan Diva AA ini kerap kali juga di jadikan bahan jenaka oleh netizen.

Sebelum ini Diva AA dikatakan telah bertanding sebagai calon bebas untuk mengalahkan abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di dalam PRU14 yang lalu.

Kita semua sudah pun sedia maklum bahawa mulut bisa beliau tiada siapa pun boleh menandinginya,disebabkan itu lah dirinya sering kali terpalit dengan pelbagai gosip panas.

Semenjak dari kekalahan beliau ada juga segelintir netizen yang menjadikan beliau sebagai satu bahan lawak jenaka.

Beliau juga terkenal dengan tagline “Ada aku kisah?” dan 'Amboi amboi amboi ini dikatakan tidak lagi mempunyai akaun Twitter.Namun, itu tidak bermakna dia tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan meletakkan dirinya sebagai satu bahan lawak di media sosial.



Diva AA juga mengatakan dia tidak akan memaafkan netizen yang melakukannya termasuklah tidak memaafkan orang yang membuat akaun Twitter palsu yang telah menyamar sebagai dirinya.

"Meskupun,sudah tiada akuan Twitter,saya tahu mengenai lawak jenak tersebut.Iya,memang itu hanya sekadar lawak dan tidak menggunakan ayat kurang sopan,tetapi saya tetap tak akan maafkan mereka.Sila lah menyamar sebagai Diva AA,teruskan menipu.Kau tunggu azab kubur",kata Diva AA.






Gambar 'troll' tersebut telah tersebar sejak Diva AA dikatakan kalah dalam PRU14 yang lalu.Gambar yang memaparkan Azmin sedang berbual di dalam telefon telah tulis bersama dialog lawak,namun ianya hanyalah sekadar gurauan sahaja.Editor-Sofia