Virgoun Tidak Mahu Waja Isteri Jadi Tatapan Umum Lagi.


Artis dari negara seberang yang amat popular dengan lagu bertajuk Surat Cinta Buat Starla ini sebenar adalah seorang penyanyi mualaf.

Sememangnya nama Virgoun tidak asing lagi dinegara kita,lagunya juga sering kali diputarkan di corong-corong radio.Kini,Virgoun telah memutuskan agar isterinya,Ina Idola Rusli untuk memakai purdah supaya wajah cantik isterinya itu tidak lagi menjadi tatapan lelaki lain.

Virgoun,31, juga ada memuat naik gambar bersama anak dan isterinya di laman Instagram kelihatan Inara manis berpurdah sambil mendukung anaknya yang juga memakai tudung.

Menurut Virgoun, "memakai hijab adalah sunnah,wanita ahli syurga semasa di rumah (dia) kebarat-baratan (bergaya dan seksi untuk suaminya).

"Dan apabila di luar rumah perlulah wanita-wanita ahli syurga ini menutup auratnya,"jelas Virgoun.

Penyanyi kelahiran Indonesia ini telah memeluk agama Islam pada tahun 2013 selepas mendapat hidayah semasa membaca terjemahan ayat suci al-Quran.

Inara juga telah berusaha mendalami ilmu agama bersama suaminya itu dan kini mempunyai penampilan yang cukup berbeza daripada zamannya dulu.

Sebelum ini Inara mengakui dirinya sering memakai pakaian seksi walaupun muncul di dalam rancangan televisyen dan sewaktu menganggotai band Bexxa sebelum ini.

Sedekit demi sedikit Inara cuba memperbaki dirinya,beliau belajar berhijab dari seorang isteri ilmuwan,iaitu Derry Sulaiman.

Penyanyi  kumpulan rock popular Indonesia, Last Child, menyarankan pemakaian purdah dibuat oleh wanita yang ingin mengelak daripada fitnah.

"Wanit6a-wanita cantik digalakkan untuk memakai purdah kerana adakalanya ia boleh mendatangkan masalah dan fitnah".

Inara juga mendakwa dirinya pernah digoda oleh seorang usahawan kaya yang sudah berumah tangga semasa dia dan Virgoun mempunyai masalah kewangan pada ketika itu.