900 Akaun Bank Dari Sumber 1MDB Dibekukan


Kes mengenai 1MDB masih lagi menjadi isu hangat yang sering diajukan dimedia sodial.Bagi mereka-mereka yang terlibat didalam kes 1MDB sudah pasti akan cuba menyembunyikan diri dari dihidu oleh pihak berkuasa.

Menerusi satu laporan mengenai siasatan ini,pihak SPRM telah membekukan hampir 900 akaun bank yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kes 1MDB.

Satu sumber yang boleh dipercayai menyatakan di dalam kesemua akaun tersebut mendapat manafaat daripada urusan perniagaan yang meragukan 1MDB.

Menurut laporan tersebut,kesemua mereka ini tidak lagi mempunyai sebarang akses didalam akuan itu yang terdiri dari beberapa individu yang dipercayai mendapat manfaat daripada 1MDB

Akaun utama yang dibekukan adalah akuan bank utama UMNO,serta pemangku presiden partis tersebut iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi.Beliau mengetahui mengenai kes ini selepas pihak SPRM menghubunginya.

Berita mengenai perkara ini turut di laporakan olej akhbar Sinar Harian menyatakan beberapa akaun bank milik UMNO Johor dan Pulau Pinang termasuk di dalam senarai SPRM.

Datuk Zahid Hamidi berkata, “Tiada sebarang jaminan bahawa siapa yang menjadi Presiden UMNO, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau anggota Majlis-majlis Tertinggi yang menang takkan disoal siasat oleh SPRM kerana UMNO sekarang bukan lagi kerajaan,".

“Bertindak sebagai presiden parti, saya akan buktikan bahawa duit UMNO adalah daripada sumber yang sah.

"Pati UMNO tidak pernah terlibat dalam apa-apa pengubahan wang haram seperti yang digembar gemburkan.Selagi saya memimpin parti ini, saya takkan biarkan sesiapa mengancam atau mendiskriminasi UMNO.
Wlau bagaimanapun,Zahid menyatakan akan memberikan sepenuh kerjasama terhadap pihak SPRM mengenai kes ini.

Pada masa yang sama juga, Khairy Jamaluddin berkata,beliau turut berharap agar pihak SPRM menhjalankan tugas dengan adil dan tulus.


“Semua pihak diminta beri pihak berkuasa ruang untuk menjalankan proses siasatan, dan diminta untuk jangan membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes ini kerana takut ia akan mengganggu siasatan,” kata penyiasat.