Kurta Tayang Lurah Di Kecam Netizen


Setiap kali Hari Raya yang bakal menjelma sudah pasti akan ada sahaja fesyen terbaru yang di keluarkan bagi menarik perhatian pembeli.

Masih ingat lagi baju kurung Hello Kitty yang satu ketika dahulu menjadi viral di media sosial.Kini,muncul pula satu kurta yang menjadi bual mulut netizen iaitu keluaran dari @messedupapparel.

Kebanyakkan netizen menyatakan bahawa design kurta tersebut seolah-olah menjolok mata meskipun dipakai oleh kaum adam.Kelaian yang diletakkan pada design kurta ini telah membuatkan ianya menjadi viral dan sekali gus membuatkan netizen mengkiritiknya.

Jika diperhatikan pada bahagian leher baju kurta ini ianya sengaja diluaskan hingga menampakkan dada si pemakainya.


Design kurta ini telah diberi nama Kurta Rouh dan telah mendapat perhatian dariapada netizen gara-gara keunikan yang ada pada rekaan baju ini.

Jika suatu ketika dahulu kaum adam hanya akan memakai baju melayu atau berjubah sahaja dipagi raya namun kini lain pula jadinya.

Salah seorang netizen menulis "Seksinya kurta.Siapa datang raya rumah aku pakai macam ni akau halau balik".



Walau bagaimanapun, menerusi akaun Twitter rasmi  Messed Up Apparel pihaknya meminta agar netizen tidak menghalau tetamu yang datang memakai Kurta Rouh.Pihaknya juga akan memberikan diskaun berganda-ganda kepada pembeli yang mahu membeli set pasangan.Sumber-Twitter  Messed Up Apparel.Editor-Sofia