Lokasi janin-janin ditemui |
Pegamal perubatan tradisional tersebut yang dikenali sebagai Yamini telah ditahan di kediamannya selepas pihak polis telah berjaya menemui berpuluh-puluh janin bayi yang ditanam olehnya di kawasan belakang rumahnya.
Janin-janin tersebut dipercayai adalah hasil daripada pengguguran bayi secara haram yang dilakukan olehnya terhadap pelanggan-pelanggannya.
Menurut Kapolres Magelang, AKBP Hari Purnomo kepada wartawan ketika ditemui di kediaman rumah Yamini di Dusun Wonokerto, Desa Ngargoretno, Daerah Salaman, Kabupaten Magelang pada semalam, "hasil daripada penggalian yang dilakukan di laman rumah suspek, pihak polis berjaya menjumpai 20 beg jenazah janin akan tetapi jumlah sebenar janin yang dikuburkan di sana masih belum dapat dikenal pasti".
Malah menurut pengakuan Yamini sendiri, dia telah menggugurkan lapan bayi tetapi hasil daripada penyelidikan serta pencarian yang berlangsung semalam telah menjumpai kira-kira 20 beg mengandungi janin.
"Apa yang pasti adalah bayi yang telah digugurkan oleh suspek adalah melebihi lapan janin berbeza dengan pengakuan suspek yang mendakwa dia hanya menggugurkan lapan janin kerana setiap beg plastik yang ditemui mengandungi satu janin bayi,"kata Hari.
Malah suspek juga turut mendakwa bahawa dia telah melakukan pengguguran secara haram tersebut sejak daripada 25 tahun yang lalu daripada pesakitnya yang berbeza-beza sama ada berasal dari Madelang mahupun sekitarnya.

"Amalan pengguguran tersebut telah dilakukan melalui urutan tradisional," katanya lagi.
Malah sehingga kini pihak polis telah mengenal pasti tiga orang suspek termasuklah beberapa orang suami pesakitnya yang di anggap mencurigaikan. - Online News