Saya akan memastikan UMNO perlu bertindak sebagai saluran suara akar umbi, supaya suara akar umbi menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan dalam parti dan
"UMNO perlu bertindak sebagai saluran kepada suara akar umbi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diperjuangkan dan dibela," katanya menerusi kenyataan ketika menawarkan diri bertanding sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam Pemilihan Sesi 2018-2021.
Azalina berkata, perubahan demografik dalam landskap politik hari ini memerlukan kerja keras semua peringkat dalam mengembalikan dan membina semula UMNO kerana kealpaan dalam menilai suara akar umbi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu nyata beri impak besar terhadap parti.
Namun beliau percaya, rata-rata ahli UMNO, masih setia dan mengharap perubahan yang drastik berlaku dalam parti berkenaan.
"UMNO perlu menunjukkan kematangan politik untuk kekal relevan agar dihormati kawan dan lawan dalam mendepani cabaran semasa.
"UMNO yang kini menjadi pembangkang, perlu menggalas tugas itu dengan menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan," katanya.
Dalam kenyataan itu, Azalina turut melahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sekiranya diberi kepercayaan.
"Saya percaya pemilihan kali ini mampu menjadi permulaan perubahan UMNO lebih gemilang.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan berjanji melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sekiranya diberi kepercayaan," katanya.
Khairy berkata, ia adalah satu kesilapan besar kerana hal berkenaan tidak diberitahu serta beliau tidak berterus terang kepada Presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai situasi pada masa tersebut.
"Tidak ada sesiapa, selepas Muhyiddin dikeluarkan, selepas Shafie dikeluarkan...tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah. Itu kesilapan besar di pihak kita.
"Adakah ia isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kita tidak sedar isyarat itu," katanya yang dipetik dari Channel News Asia.
Menurutnya, perkara tersebut tidak harus berulang lagi demi masa depan Umno.
"Ini tidak harus berlaku lagi, kita tidak boleh membiarkan pemimpin Umno terlepas daripada realiti dan tidak bertanya soalan yang sukar.
“Jika kita meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, Umno akan pupus," katanya.