Gua Musang - Zaman sekarang ini orang sibuk asyik cakap banyak kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang di panggil pedofilia tapi macam mana pula kalau orang tua yang sanggup jadikan kanak-kanak yang masih di bawah umur isteri, itu nak di gelar apa?
Terbaru ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang memuat naik di facebook miliknya yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya tetapi apa yang menarik perhatian adalah umur madunya itu.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Effa Zulkifle telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya yang baru berusia 11 tahun.
Rata-rata netizen mengecam hebat suaminya itu yang mengahwini seorang kanak-kanak di bawah umur dan layak di panggil anak kepadanya kerana suami Effa sudah pun berusia 41 tahun.
Effa bukan sahaja telah memuat naik ucapan tersebut malah Effa juga turut meluahkan apa yang terjadi di dalam kehidupan mereka suami isteri selama pernikahan mereka dan apa yang suaminya lakukan sebagai ketua keluarga.
Effa melalui luahannya dapat menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya suaminya itu kerana tanggungjawabnya itu terhadap Effa serta empat orang anaknya itu pun tak dapat ditunaikan tapi sibuk nak kahwin lain.
Effa melalui postingnya memberitahu bahawa dia penat mencari duit bagi membesarkan anak-anaknya yang berempat itu sedangkan suaminya itu tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan jika dia minta sekalipun dia akan dimarahi oleh suaminya itu.
Bukan sahaja marah yang dia dapat tapi siap pakej sumpah seranah, sedangkan dia telah bekerja keras yang mungkin mengalahkan lelaki mencari duit bagi menampung kehidupan mereka sehinggakan segala perbelanjaan dia tanggung sendirian.
Segala penat lelah dia mencari rezeki serta ke hulur hilir bersama anak-anak, dia bukan sahaja tidak dihargai malah raya pun suaminya itu tak pernah nak beraya bersama apatah lagi nak bawa mereka anak beranak berjalan-jalan.
Effa turut meluahkan bahawa dia sudah penat dengan semua yang ditanggung olehnya.
Rata-rata netizen menyuruh Effa meninggalkan sahaja suami macam ini di ruangan komen beliau kerana bagi mereka tiada gunanya bersuami jika suami perangai macam ini.
Malah ada juga seperti tidak percaya bahawa kanak-kanak tersebut mahu berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur begitu dan ramai juga mempersoalkan di mana ibu bapa kanak-kanak tersebut yang sanggup membenarkan anak mereka berkahwin dengan lelaki berkenaan.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda para netizen di ruang komen dan rata-ratanya sememangnya membantah perkahwinan tersebut berlangsung yang di anggap sebagai satu penderaan terhadap kanak-kanak tersebut yang masih tidak mengerti apa-apa.
Tidak kurang juga yang memberikan semangat kepadanya supaya bersabar dengan dugaan yang diterimanya dan juga ada yang menyarankannya supaya pergi membuat aduan kepada pejabat agama Islam. - Online News