Tak Sangka Video Bersama Zul Ariffin Boleh Buat Orang Lain Cemburu.


Elizabeth Tan Tak sangka rakaman video bersama Zul Ariffin di Instagram boleh membuat orang lain cemburu dan mengguris hati, baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian Online, Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tidak berniat untuk mengguris hati atau membuat sesiapa cemburu apabila sering memuat naik sering berkongsi rakaman video bersama Zul Ariffin di Instagram.

Penyanyi yang mesra disapa Lizzy itu berkata, rakaman video bersama bekas kekasih, Zahirah Macwilson itu dibuat untuk mengisi masa lapang ketika mereka berehat di lokasi penggambaran filem, Misteri Delaila arahan Syafiq Yusof.

'Tiada langsung niat untuk membuat sesiapa cemburu atau sengaja mencipta drama. Semua itu dibuat hanya untuk suka-suka dan menghilangkan bosan ketika kru membuat persediaan sebelum menyambung penggambaran," katanya.

Kemesraan pasangan itu mencetuskan pelbagai andaian, terutama apabila Zul menyarung cincin dan mendukung penyanyi yang popular dengan Knock Knock itu hingga peminat menyangka, mereka sedang menjalin cinta.

Menafikan antara mereka menyimpan perasaan, pelakon filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Escape itu berkata, kemesraannya dan Zul terjalin atas tuntutan kerjaya tanpa membabitkan soal hati.

"Saya cukup senang bekerja dengan Zul yang jauh lebih berpengalaman. Kami tiada masalah di lokasi penggambaran, malah mudah menyesuaikan diri menjadi kawan. Saya anggap dia seperti abang dan antara kami tidak ada apa-apa perasaan.

"Ketika bekerja, kami cuba melunaskan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Apabila tiba masa berehat sementara menunggu babak seterusnya, sesekali kami akan berseloroh dan bergurau sama seperti rakan seperjuangan lain," katanya.

Menyentuh perjalanan kerjayanya, Elizabeth, 24, berkata, selepas empat tahun berada dalam industri hiburan, dia mampu berbangga apabila penguasaan bahasa Melayunya menunjukkan peningkatan yang ketara.

Pujian yang diberikan ramai itu memberinya semangat untuk terus memperbaiki dan menguasai bahasa bahasa kebangsaan supaya dapat bertutur dengan lebih lancar lagi.

"Sebelum ini, agak susah untuk saya membiasakan diri bercakap dalam bahasa Melayu ketika berlakon. Saya banyak menghafal dan belajar mencari intonasi yang sesuai, selain menzahirkan emosi yang diinginkan.

"Ia membuatkan lakonan saya tidak nampak semula jadi. Saya juga melihat kerjaya seni saya seperti baru bermula kerana lebih tahu apa yang diinginkan. Sebelum ini, saya lebih banyak mendengar kata dan kurang bersuara.

"Sejak menyertai Warner Music, Februari lalu, saya semakin yakin mengatur langkah. Hampir setahun saya berdikari tanpa pengurusan, kini saya mendapat semangat baharu bersama mereka," katanya. - Berita Harian Online