Takut Dimarah Pecahkan Botol Minyak Wangi,Lihat Apa Reaksi Anak Shera Aiyob Lakukan Untuk Pujuk Ibunya
Pada mulanya Aniq dikatakan secara tak sengaja telah menghempas beg tangan milik ibunya yang mengandungi sebotol minyak wangi di dalam nya.
Akibatnya,botol minyak wangi yang berada di dalam beg tanggan nya pecah sehingga membuatkan Shera Aiyob berasa sedih dan geram dengan tindakkan anaknya namun dia tahu Aniq tidak sengaja menghempas beg tangannya.
Menurut Shera Sebelum berlakunya insiden tersebut, dia dan Aniq sudah merancang mahu membeli aiskrim sebelum ke bazar raya. Namun,disebabkan insiden itu Shera tidak mahu membawanya ianya dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Aniq supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Menurut Shera Sebelum berlakunya insiden tersebut, dia dan Aniq sudah merancang mahu membeli aiskrim sebelum ke bazar raya. Namun,disebabkan insiden itu Shera tidak mahu membawanya ianya dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Aniq supaya lebih berhati-hati selepas ini.
"Sebelum berlakunya insiden tersebut, Mommy and Anaqi dah plan nak beli aiskrim sebelum ke bazaar raya. Tapi bila dah jadi, memang tak dapatlah sesi beli aiskrim tu.
Apa yang membuatkan Shera ketawa dan tersentuha adalah,Aniq telah memujukknya dengan caranya yang tersendiri.
Selepas kejadian Aniq telah menulis satu nota buat ibunya dengan harapan moga-moga Shera tidak lagi merajuk dan membawanya untuk membeli ice cream.
"Cerita siang tadi.Siapa yang tertengok instastory Mommy tadi mesti tahu kes hempasan handbag Mommy oleh Anaqi. Secara tidak sengaja mungkin tapi walau apapun tetap perlu dijadikan pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati",.
Dalam kesibukan Shera melayan pelanggannya yang singgah di booth jualan,dalam diam si kecil cuba mengambil hati ibunya semula dengan menulis nota ringkas namun ianya kelihatan comel.Bagaimanapun,Shera sebenarnya tidak kisah akan kejadian tersebut,dia hanya mahu anaknya itu lebih berhati-hati selepas ini dan menjadikan kejadian itu sebagai satu penjagaran buatnya.
Alahai kecik-kecil lagi dah bijak.