Pasti rata-rata daripada kita mengenali Wak Doyok yang cukup terkenal dengan tagline nya #akuyangpakaikoyangpanas.
Sebelum ini nama Wak Doyok pernah menjadi viral dimedia sosial gara-gara dituduh sebagai lalang semasa berakhirnya sambutan pilihan raya ke-14 (PRU14).
Kini, sekali lagi nama beliau mencetuskan kontroversi hangat selepas memuat naik gambar di laman Instagramnya dan meletakkan kepsyen berbaur lucah.
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor yang dilahirkan pada lahir 22 November 1979 ini sememangnya seorang yang amat lantang bersuara dimedia sosial.
Beliau juga merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia,cukup terkenal dengan fesyen misai dan janggut uniknya.Usahawan ini juga merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment.
Apa yang membuatkan para netizen mengecamnya adalah kerana kepsyen yang diletakkan digambar tersebut berunsurkan lucah.
Gambar yang memparkan Wak bersama durian itu berkepsyenikan ''Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita.”
Rata-rata netizen yang membaca kepsyen tersebut tidak berpuas hati dengan tindakkan Wak yang disifatkan sebagi keterlaluan.
Ada juga netizen yang tidak mahu mengikuti lagi perkembangannya dengan menekan butang 'unfollow ' sebaik sahaja kejadian ini berlaku.