Benarkah Najib Dan Rosmah Jumpa Bomoh?


Kecoh baru-baru ini mengenai sekeping gambar yang kononnya didakwa milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan bomoh kian tular di media sosial.

Gambar tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter yang menggunakan nama @Ibn_Hurairah semalam.

Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila gambar tersebut menjadi tular.


Gambar sekumpulan lelaki yang lengkap berpakaian sama seperti seorang ustaz itu dikatakan seolah-olah sedang melakukan upacara menjampi dengan mengunakan beberapa bahan khas untuk upacara tersebut. Upacara itu dilakukan di ruang bilik surau di kediaman bekan perdana menteri ini telah pun menjadi tular di Facebook.


Rata-rata netizen yang melihatnya turut menyifatkan perbuatan tersebut adalah perbuatan syirik selain dari ianya amat menyimpang dari ajaran Islam.

Apa yang membuatkan ianya bertambah kuat adalah,masih anda ingat kisah yang pernah diceritakan oleh anak kandung Datin Rosmah, Azrene Ahmad yang mengakui bahawa ibunya pernah menggunakan khidmat bomoh untuk kepentingan diri.

Bagaimanapun,salah seorang dari pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahza Adhwa menafikan dakwaan kononnya bekas Presiden UMNO dan isterinya telah melakukan perbuatan terkutuk sepeti yang digembar gemburkan.

Pengguna tersebut dikatakan telah melakukan teknik perbandingan pada gambar berkenaan dan mendapati ianya telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.