Haqiem Rusli Teruk Dihentam Rakan Artis Gara-gara Buat Gimik Kemurungan


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang pendatang baru dalam industri tanah air iaitu Haqiem Rusli yang dikatakan peranh mengalami masalah kemurungan.Lantaran dari itu,kebanyakkan rakan artis yang lain memberikanya semangat.

Walau bagaimanapun,dakwaan yang menyatakan Haqiem Rusli mengalamai masalah kemurungan sebenarnya hanyalah gimik semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

Disebabkan tindakkannya itu Haqiem teruk dihentam oleh rakan-rakan artis yang lain dan menganggap Haqiem Rusli sebagai seorang artis yang tidak profesional.

Rakan-rakan artis yang lain juga turut menghentam teruk tindakkan pendatang baru ini.Antaranya adalah penyanyi rap tanah air iaitu Caprice yang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan memuat naik sebuah video berdurasi lebih kurang 1 minit dengan menyatakan penyakit kemurungan tidak boleh dibuat main,apatah lagi dibuat sebagai meraih perhatian orang disekeliling.

Tidak cukup dengan itu,rakan artis yang lain,iaitu Adibah Noor,Faizal Tahir dan Akim Ahmad  turut menyatakan pendapat mereka mengenai isu tersebut.

Kesimpulanya,tindakkan Haqiem Rusli ini telah memakan diri sendiri,selain turut dikecam hebat oleh para netizen dan rakan-rakan artis yang lain sehingga ke saat ini.