Iqram Dinzly Kini Kembali Ke Pangkal Jalan


Sebut sahaja nama Iqram Dinzly pasti anda akan teringatkan posting beliau yang sering memaparkan unsur tidak senonoh di media sosial.

Perlakukan Iqram yang disifatkan oleh netizen sebagai 'orang kurang siuaman' ini juga telah mendapat panggilan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkii Mohamad Al-Bakri berikutan perbuatan Iqram yang sering menimbulkan kekecohan di media sosial.

Walau bagaimanapun,selepas kejadian itu,Iqram ternyata tidak berani memuat naik apa-apa posting yang mencetuskan sebarang kontroversi.Kini,Iqram tampil dengan mengatakan dia amat menyesali dengan apa yang berlaku.


Iqram dikatakan sangat malu dengan segala perlakuan tidak masuk akal yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu dan beliau mengakui ianya telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepadanya,kerjaya dan paling utama membuatkan ibu nya tidak senang hati dengan perlakukan lamanya itu.

"Saya tidak kesah jika dianggap tidak siuman kerana saya tahu apa yang saya rasa.Dan sekarang saya sedar dengan apa yang telah saya lakukan,saya sendiri malu dengan perbuatan saya.Malah,sayu bukan lagi Iqram Dinzly yang dahulu.

"Pernah terlintas juga difikiram apa yang telah saya lakukan?Apabila saya lihat semula apa yang telah saya lakukan saya sendiri tidak percaya dengan apa yang saya buat.

Sebelum ini Iqram menggangap media sosial adalah salah satu tempat untuk perkongsian dengan orang awam namun ternyata tindakkannya itu adalah salah serta membuatkan orang sekelilingnya salah faham apa yang ingin di samapaikannya.

"Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi”

Oleh sebab berkat doa dari ibunya,kini Iqram kembali ke pangkal jalan.

"Sebenarnya selama ini mama melayan saya dengan baik dan menegur saya dengan cara lemah lembut,cuma saya sahaja yang tidak perasaan bahawa mama susah hati melihat saya begini.

Tambahnya lagi,ibu nya sangat tabah dalam menepuhi ujian dikala diuji dengan kehilangan suami tercinta dan perlu berhadapan dengan anak yang bertingkah laku pelik.


Beliau juga menyatakan tidak mahu melihat ibunya bersedih dan tidak ceria seperti dahulu kala.Iqram berhasrat mahu menjadi Iqram yang dulu.