Rais Tegur DAP Isu Pemilihan Menteri Kabinet Baru


Tan Sri Rais Yatim menasihati DAP supaya bersabar, Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan itu memberitahu DAP supaya bersabar isu berkaitan pemilihan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru.

Menurut laporan Malaysiakini, Rais Yatim berkata, DAP seharusnya menginsafi diri dengan melihat kembali perjuangan asal sebelum memenangi pilihan raya umum ke-14 pada (PRU14) 9 Mei lalu.

“Sebagai salah seorang yang lama, saya boleh kata DAP sabarlah dahulu, berunding baik-baik dengan Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan lancarkan (kotakan janji) dalam manifesto HARAPAN,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, 5 Julai lalu.

Rais berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati di kalangan penyokong dan akar umbi DAP kerana Nga Kor Ming dan Chong Chieng Jen tidak dilantik menganggotai barisan kabinet Pakatan Harapan.

Pada kempen PRU lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilantik sebagai menteri kabinet sekiranya mereka dipilih ke Dewan Rakyat dan apabila HARAPAN membentuk kerajaan.

Isnin lalu, Dr Mahathir akhirnya melantik Chong sebagai timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Namun, tiada sebarang jawatan diberikan kepada Nga.

Untuk rekod, kabinet awal yang diumumkan oleh Dr Mahathir 12 Mei lalu melantik beberapa wakil rakyat DAP sebagai menteri dan timbalan menteri.

Antaranya Lim sebagai menteri kewangan, Gobind Singh Deo menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia dan ahli parlimen pertama kali, Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Sebelum ini Jawatankuasa eksekutif DAP pusat dijangka membincangkan cara menangani bidasan susulan kegagalan pemimpinnya, Nga Kor Ming dan Chong Chieng Jen dilantik menganggotai barisan kabinet Pakatan Harapan.

Menurut pelbagai sumber parti, ada ketidakpuasan hati di kalangan penyokong dan akar umbi parti. Rasa tidak puas hati berkenaan disebut akan menjadi agenda apabila jawatankuasa pusat bermesyuarat pada Rabu ini, kata sumber itu.

Pada kempen pilihan raya 9 Mei, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilantik sebagai menteri kabinet sekiranya mereka dipilih ke Dewan Rakyat dan apabila HARAPAN membentuk kerajaan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, akhirnya, hari ini melantik Chong sebagai timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Namun tiada sebarang jawatan diberikan kepada Nga.

Chong adalah ahli parlimen selama empat penggal dan ADUN selama tiga penggal manakala Nga pula menjadi ADUN di Perak selama lima penggal dan ahli parlimen selama tiga penggal. Mereka masing-masing mengetuai DAP negeri Sarawak dan Perak.

Terdapat lebih banyak ahli parlimen DAP muda yang berada dalam barisan kabinet Mahathir termasuk ahli parlimen selama tiga penggal Gobind Singh Deo dan ahli parlimen pertama kali, Yeo Bee Yin. - Malaysiakini