Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 dijadual bermula pada Isnin 16 Julai 2018 kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi memperkenan sidang tersebut akan berlangsung selama 20 hari bermula.
Senarai nama calon Speaker Dewan Rakyat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan, senarai calon Speaker Dewan Rakyat telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan).
“Berkenaan senarai pencalonan Speaker Dewan Rakyat memang kita ada mesyuarat dan akan buat perjumpaan di peringkat tertinggi.
“Kemudian kita buat keputusan kerana nama Speaker Dewan Rakyat perlu dimuktamadkan segera. Kita ada tempoh seminggu lagi untuk lantik Speaker sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Kajang, di sini, hari ini.
Menurut Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, pemilihan Speaker Dewan Rakyat akan diputuskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.
Sebelum ini nama bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim dipercayai bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu namun perkara itu masih samar.
Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Harapan akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan senarai akhir calon speaker Dewan Rakyat untuk dicadangkan kepada Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata senarai awal nama calon daripada parti itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diteliti.
"Kita memang dah mesyuarat hari itu dan akan buat perjumpaan antara Pakatan Harapan pada peringkat tertinggi, selepas itu kita akan buat keputusan kerana diperlukan nama cadangan untuk speaker sebelum pembukaan Parlimen dalam masa seminggu lagi," katanya ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Kajang di sini, hari ini. Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Julai ini.