Setiap kelompok samada yang mempertahankan LGBT atau yang membantah ditambah lagi yang bermotifkan politik dengan sifat 'cuba, test, try' jelas terkelihatan pada hemat saya menduga antara satu sama lain tanpa memikirkan natijah tingkah mereka.
Apatah lagi pengakhiran yang akan diambil adalah meletakkan label di dahi seseorang itu dengan cop 'liberal, songsang, ekstrimis, rasis, homophobic' dan bermacam lagi gelaran, yang secara tak langsung bagi yang beragenda politik pula akan berterusan menduga tanpa sedar ianya mampu mencetuskan ketegangan.
Dalam isu (LGBT) ini, kita perlu memandang dua aspek tanpa prejudis, iaitu hak asasi manusia bagi penganut LGBT manakala yang kedua ialah teras umum terkait dengan Perlembagaan (juga perspektif Rukun Negara selaku tunjang dan asas).
Kerajaan digesa mewujudkan satu undang-undang khusus di peringkat Persekutuan bagi menangani isu lelaki berperwatakan wanita media sosial.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, undang-undang sedia ada berkaitan isu itu di negara ini hanya berkuat kuasa di peringkat negeri.
“Kerajaan perlu menubuhkan satu unit tugas khas bagi memperhalusi pelan tindakan dalam merangka undang-undang tersebut yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan untuk membendung isu tersebut yang dikatakan semakin berleluasa,” katanya kepada Utusan Online hari ini.
Beliau mengulas gesaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) supaya pihak berwajib perlu mengambil tindakan ke atas golongan lelaki berpewatakan wanita termasuk ‘pondan kaya’ yang dilihat semakin berani menunjukkan aksi melanggar hukum agama secara terbuka terutama di media sosial.
Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad berkata, peruntukan undang-undang yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya dan golongan tersebut tidak sewajarnya dibiarkan.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengambil langkah proaktif dalam mendekati golongan tersebut bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa.
“Kita setuju bahawa undang-undang itu penting, namun sejauh manakah keberkesanannya jika tiada tindakan proaktif daripada badan agama seperti JAKIM?
“Sebagai langkah awal, Jakim, badan hal ehwal agama dan pendakwah perlu bersama-sama bergerak dengan lebih efisien untuk memberi kesedaran dan memulihkan golongan tersebut,” katanya.