Pihak polis memotong skirt yang dipakai oleh wanita muslim |
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di wilayah Xinjiang dan dilakukan sendiri oleh pihak polis di kawasan berkenaan sebagai tanda kempen menyasarkan golongan etnik Uighur di wilayah berkenaan.
Tindakan agresif pihak polis yang bertindak memotong baju serta skirt labuh yang dipakai oleh wanita muslim telah disebarkan melalui beberapa gambar di media sosial.
Menurut laporan Business Insider, wanita muslim telah dilarang daripada memakai pakaian yang menutup aurat malah beberapa keping gambar telah disebarkan menunjukkan beberapa orang wanita telah ditahan ditengah jalan yang kemudiannya pihak polis bertindak memotong pakaian mereka.
Malah melalui satu gambar jelas menunjukkan wanita tersebut masih sedang memakai topi keledar ketika pihak polis sedang memotong pakaian yang dipakai olehnya dan gambaran tersebut jelas menunjukkan wanita berkenaan telah ditahan ketika menunggang motorsikal.
Menurut jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit memberitahu bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan China tersebut adalah disasarkan kepada golongan wanita Uighur.
“Dalam dunia ini tidak ada kerajaan yang sibuk hendak memotong pakaian wanita. Ini benar-benar tidak masuk akal. Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan China memalukan wanita Uighur dengan cara sedemikian,” katanya.
“Dalam dunia ini tidak ada kerajaan yang sibuk hendak memotong pakaian wanita. Ini benar-benar tidak masuk akal. Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan China memalukan wanita Uighur dengan cara sedemikian,” katanya.
Kerajaan China dilihat bersikap menindas golongan muslim Uighur di Xinjiang apabila melakukan tindakan sedemikian malah ketika bulan Ramadhan juga setiap kakitangan, guru serta pelajar tidak dibenarkan berpuasa atau menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya.
Bukan hanya itu sahaja malah golongan muslim Uighur juga tidak dibenarkan memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian mahupun pengangkutan awam.
Tidak cukup dengan penindasan tersebut, pihak berkuasa juga turut memasang aplikasi pengawasan pada telefon penduduk dan mula mengumpulkan sample DNA, cap jari serta jenis darah dari penduduk kawasan berkenaan yang berumur antara 12 hingga 65 tahun.
Mereka juga turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan pasport terutamanya bagi mereka yang ingin menunaikan haji.
Apa yang lebih teruk adalah apabila kerajaan China masuk campur dalam menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan yang dilakukan, tempat bagi mengadakan aktiviti keagamaan serta versi Al-Quran yang dibenarkan digunakan.