Mohamed Hanipa Maidin pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, pagi tadi.
Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di pentas sama kemudian memberikan pertolongan cemas kepada Hanipa.
Pemimpin AMANAH itu kemudian dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Pada penggal sidang Dewan Rakyat pada 4 April 2016, Ahli Parlimen Sepang itu dikejarkan ke hospital selepas pengsansemasa menghadiri sidang Parlimen.
Hanipa dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.
Beliau kembali menyertai persidangan Dewan Rakyat enam bulan kemudian setelah terlepas sesi lalu akibat serangan angin ahmar.
Pada pilihan raya umum ke-14, Hanipa yang mewakili Pakatan Harapan mempertahankan kerusi Sepang yang sebelum ini ditandinginya atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN dan PAS. - Malaysiakini