Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memarahi suaminya, Shuib Sepahtu selepas pelawak itu tidak putus asa memujuk untuk terlibat dalam pembikinan video klip lagu terbarunya berjudul Semakin.
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik Shuib di akaun Instagramnya menunjukkan perbualan mereka mengenai perkara tersebut.
Sebaik sahaja diajukan soalan mengenai video klip, perubahan wajah Sarah yang sedang menikmati makanan jelas menunjukkan dia tidak mengizinkan suaminya terlibat dalam video klip berkenaan.
“I rekod you ni sebab I nak tanya ni, video klip tu kalau I tak dapat masuk I direct boleh?” tanya Shuib
Pertanyaan itu kemudiannya dijawab oleh Sarah sambil menggelengkan kepalanya.
“You ni kenapa sebenarnya, you nak berlakon you nak menyanyi, you nak mengarah, you nak jual madu, semua benda you nak buat.
“No, you tak akan ada dalam video klip I. You faham tak? Tolong faham. We are done, we are not talking about this anymore,” ujar Sarah.
Gelagat mencuit hati pasangan suami isteri itu ternyata mendapat perhatian peminat.
Rata-ratanya terhibur dengan tindakan Shuib yang gemar mengusik isteri kesayangan dan juga reaksi Sarah ketika memberikan leteran kepada suaminya itu.
“Lawak Shuib ni. Tak pernah putus asa pujuk isteri dia untuk muncul dalam #MVSemakin but the answer always NO! We’re done taking about this 😅goodluck brader @shuibsepahtu don’t giveup,” komen @ammar_izzat93_
“Hahaahhahaa sian dah la tak dapat jadi model MV, kena marah pulak kehkeh... Kelakoooo,” tulis @yanzaefc
“Hahahaha lawak la laki bini ni, kelakar suka tengok, yang Shuib tak habis-habis nak jugak masuk dalam mv semakin, kan dah kena marah dengan ibu,” coret @yunn.amin_ - Astro Gempak
<