Isteri Lapor Polis, Suami Selera Pelik, Tergamak Guna Timun


Dipaksa melakukan 'seks liar' termasuk 'hubungan luar tabii' memaksa seorang isteri membuat laporan polis terhadap suaminya sendiri.

Wanita berusia 44 tahun dari Kangar, Perlis itu berdepan episod duka apabila sering diperlakukan demikian oleh suaminya yang berusia 57 tahun.

Bukan hanya itu, suaminya juga gemar menggunakan timun semasa bersama selain memasukkan objek keras ke bahagian tidak sepatutnya.

Tidak tahan dengan keadaan yang didakwa telah lama berlarutan itu, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis pada Rabu, minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, kejadian terakhir berlaku pada November tahun lalu apabila mangsa dipaksa melakukan 'seks liar' di dalam sebuah bilik di rumah mereka, di sebuah taman perumahan, di sini.

Bukan sahaja bernafsu liar, suaminya yang bekerja sebagai peniaga kedai makan juga bersikap dingin dan panas baran serta memukul mangsa jika berlaku pertengkaran.

Pada Januari, mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian dada apabila diajak berbincang akan masalah ketagihan liarnya itu.

Kata polis, mangsa mungkin keliru dengan keadaan dihadapinya, menyebabkan dia lambat membuat laporan.

Bagaimanapun, suaminya yang telah menghilangkan diri, giat diburu polis bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 377C, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang membabitkan persetubuhan luar tabii dan menggunakan objek keras ketika persetubuhan. - Astro AWANI