IG Syafie Naswip Diserang Makcik Bawang Gara-Gara Tumbuk Bekas Tunang.


AKTOR Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman.

Sebelum ini, portal berita Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada 26 Jun lalu.

Pelakon itu didakwa memaki bekas tunangnya menggunakan kata-kata kesat dan kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut wanita tersebut sehingga berdarah.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baharu saja putus tunang dengan Aishah.

Kali terakhir memuat naik sebuah hantaran video Boomerang dua hari lalu di IGnya, ramai netizen menyerang ruangan komen Syafie sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.

“Aku datang sebab nak baca komen," tanya seorang netizen.

“Oh nooo, why? I hope it’s not true because I have so much respect for you,” komen seorang netizen lagi.

“Aku rasa salah faham ni. Aku bukan nak backup mana-mana tapi maybe Syafie tak boleh control bila kena label camtu dengan tunang sendiri. Aishah pun sebab sayang, dia takut Syafie terjebak dengan benda tak elok,” kata seorang netizen mempertahankan pasangan itu.

Ada juga netizen yang mahu mencari kebenaran agar kedua-dua nama pelakon ini bersih daripada sebarang tuduhan.

Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.

Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.

Terdahulu Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras. - Astro AWANI