Tertuduh yang berusia 48 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya berusia 19 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.
Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Selama pada Jun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Sariza mencadangkan tertuduh tidak dibenarkan jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama mangsa.
Hakim Che Noralashiken kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 September depan untuk pengurusan kes dan lantikan peguam. - Astro AWANI