Lelaki itu kelihatan mengenakan t-shirt berwarna putih dan seluar dalam ketika dilihat meluncur ke bawah bangunan tinggi tersebut tetapi kejatuhan lelaki terbabit berjaya dihentikan dengan tindakan pantasnya dalam usaha menyelamtkan dirinya sendiri tetapi dia masih terperangkap beberapa tingkat dari bawah bangunan tersebut.
Melalui rakaman yang sempat dirakamkan kelihatan lelaki tersebut sempat membuat panggilan telefon kecemasan dengan menggunakan sebelah tangannya sementara disokong kuat badannya serta kaki dan tangannya yang sebelah lagi.
Kemudian tersebar satu gambar yang menunjukkan dia telah terbaring tidak bernyawa di atas tanah .
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Selasa yang lalu di bandar Maoming, di Wilayah China selatan China.
Segelintir netizen menjadikan ianya bahan jenaka dengan membuat andaian bahawa lelaki tersebut berada dalam keadaan merbahaya tersebut selepas dia terpaksa melarikan diri dari apartment kekasihnya.
Pelbagai spekulasi dibuat berdasarkan klip video pendek tersebut yang dikongsikan secara meluas dan telah menjadi topik perbualan jenaka di Twitter.
Walaubagaimanapun pihak polis di Maoming telah menolak segala tuduhan yang tersebar secara meluas tersebut dan memberikan kenyataan bahawa para pegawai telah pun melihat video terbabit tetapi tidak ada menerima sebarang laporan kematian yang sepadan dengan kandungan video terbabit.

Pihak polis menggesa agar orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin yang tidak benar tersebut dan mereka akan terus memantau dengan teliti kes terbabit.
Pihak polis juga tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan sama ada lelaki terbabit sudah mati atau tidak.