Indonesia - Seorang pengantin perempuan cuba untuk membuat kelainan ketika majlis resepsi perkahwinannya agar majlis tersebut akan menjadi sebuah majlis yang tidak dapat dilupakan.
Pengantin perempuan tersebut dilihat membuat tarian untuk lagu K-Pop dari Blackpink ke Twice bersama dengan empat orang penari yang dijemput khas olehnya untuk memeriahkan majlis tersebut.
Video tarian tersebut telah menjadi viral selepas video berkenaan di muat naik ke laman media sosial kerana keunikan majlis tersebut yang dihiasi dengan tarian K-Pop oleh pengantin perempuan itu sendiri yang ingin menghiburkan para tetamu.
Perkahwinan yang dijangka akan menjadi detik sejarah sekali seumur hidup bagi setiap pasangan menyebabkan mereka berusaha keras agar majlis tersebut akan menjadi sesuatu yang akan diingati seumur hidup.

Begitu juga dengan seorang wanita yang bernama Hani Marya apabila memilih cara unik dengan membuat tarian K-Pop ketika majlisnya bagi tujuan memeriahkan lagi majlis perkahwinannya.
Hani dikatakan telah mengundang kumpulan tarian yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah untuk tampil di perkahwinannya menari dengan iringan beberapa lagu penyanyi K-Pop dan apa yang uniknya adalah Hani juga turut serta dalam tarian tersebut.
Kelihatan Hani yang anggun mengenakan pakaian pengantin begitu bersemangat membuat tarian bersama kumpulan tersebut bagi menghiburkan para tetamu undangan yang hadir ke majlis perkahwinannya itu.
Detik bersejarah serta tariannya bersama penari jemputan tersebut telah di muat naik oleh Hani ke akaun Instagramnya sehingga mendapat pelbagai komen dari netizen yang menganggap pengantin tidak seharusnya membuat tarian ketika masih lagi memakai pakaian perkahwinan.

Namun begitu ada juga yang bertanyakan Hani di mana untuk menempah penari begitu untuk majlis perkahwinan mereka kerana bagi mereka ianya amat unik dan pasti menjadi satu detik yang akan di ingati.
Hani melalui postingnya mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke majlisnya serta tidak lupa juga ucapan terima kasih di tujukan kepada penari yang anggun mengenakan gaun merah kerana memeriahkan lagi majlis tersebut.
Melalui klip video tersebut kelihatan Hani yang berada di tengah-tengah antara penari tersebut menarikan lagu-lagu K-Pop termasuk lagu Jennie berjudul SOLO, DDU-DU DDU-DU oleh Blackpink dan Fancy oleh Twice.
Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen sehingga ada yang menyatakan keinginan untuk melakukan perkara yang sama pada perkahwinan mereka nanti.
Namun begitu ada yang menganggap itu adalah perkara biasa kerana di setiap perkahwinan kebanyakkannya sememangnya hiburan tarian itu pasti ada.

Walaubagaimanapun, kami doakan agar Hani akan bahagia bersama pasangannya sehingga akhir hayat.