Insiden mengejutkan itu berlaku pada waktu senja di Gereja St. Andrew di Hove, petang Khamis lalu.
Penyiasat yang dipanggil ke lokasi kejadian berkata, mangsa berada dalam keadaan trauma dan gagal memberikan keterangan lengkap ketika disoal.
Jurucakap Polis Sussex berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci ke atas kes rogol membabitkan seorang wanita di tanah perkuburan Gereja St. Andrew, bersebelahan pasar raya Tesco, Khamis lalu.
“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika matahari hampir terbenam, antara jam 5.30 petang dan 6 petang (waktu tempatan),” katanya.
Suspek, digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit putih, berusia dalam 40an dengan ketinggian 167 sentimeter (cm) dan berambut pendek.
Dia dikatakan menyerang mangsa selepas duduk bersebelahan wanita itu di sebuah bangku.
“Polis masih gagal menjalankan siasatan lengkap bersama mangsa berikutan keadaannya yang masih trauma namun beliau akan dibantu pegawai terlatih bagi mendapatkan semua maklumat penting,” kata jurucakap polis itu lagi.
Detektiff Vickie Maroki dari Unit Siasatan Keselamatan Brighton berkata, siasatan lanjut secara menyeluruh akan dilaksanakan walaupun kes seumpama ini jarang berlaku. - Berita Harian Online