Usop Dengan Masya Masyitah Bercinta Ke???


Penyanyi muda Masya Masyitah menafikan khabar angin dia kini menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi realiti Usop.

Jelas Masya, 19, hubungan mereka sekadar kawan dan selesa bersama memandangkan kedua-duanya berasal dari Kulim, Kedah.

"Kami ni kalau jumpa pun atas sebab kerja, bukan sebab adik atau abang. Nak lepak sebagai kawan pun tak ada.

"Saya pun selalu dengan ibu sahaja, kami ni sekadar kawan sekerja.

"Dalam Rocketfuel Records, kami berdua sahaja asal Kedah. Jadi rapat tu sebab serasi, senang nak bersembang. Bercakap pun loghat sama.

"Bagi saya, nak berkawan dengan ikhlas itu okey saja, tapi kalau nak bercinta tu rasanya tak perlulah," katanya kepada Gempak.

Masya yang ditemui pada majlis pelancaran Astro Ultra Box di Sunway Pyramid semalam memaklumkan dirinya masih solo.

"Saya masih solo dan buat masa sekarang nak fokus pada bidang nyanyian.

"Kalau nak kahwin nanti baru saya cari. Mungkin dalam lapan tahun lagi... Sekarang pun saya masih muda," kata juara Ceria Popstar 2014 itu.

Gosip antara Masya dan Usop mula bertebaran apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di media sosial.

Malah, Usop dalam temubual bersama media sebelum ini menjelaskan hubungannya dengan Masya ibarat 'adik dan abang' semata-mata. - Astro Gempak