Seorang lelaki menerusi laman Facebooknya, dengan nama akaun Apeh Jamal mendakwa bahawa kereta jenis Perodua Kenari miliknya telah dilarikan oleh isteri Da’i itu.
Apeh telah berkongsi gambar dari video temubual eksklusif Gempak ke akaun Facebook miliknya.
Menurutnya, dia mengenali wanita tersebut sejak 2013, sebelum kenderaannya didapati hilang dan dia terpaksa membayar sebanyak sehingga RM10,000 kerana tidak dapat mengesan wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, selepas pautannya di Facebook menjadi tular, kereta lelaki terbabit akhirnya dapat dikesan di hadapan premis lama milik Aerin iaitu El Ilham Therapy Centre, Bayan Lepas.
Tambahnya, kereta tersebut sukar untuk dikesan disebabkan, nombor plat telah ditukar. Mujurlah, setelah diperiksa nombor pendaftaran masih sama.
Justeru steri baru Dai’ Farhan tidak mendiamkan diri, malah Erin menerusi akaun Instagram miliknya telah menjelaskan mengenai isu tersebut.
Erin menafikan bawaha dia sengaja membawa lari kereta tersebut kerana tidak mahu membayar baki RM10,00 tersebut sebaliknya dia menjelaskan beberapa alasan yang tidak dapat diselesaikan.
Nak jawab isu kereta... Kereta ni saya ambil sambung bayar dari kawan, saya bayar tiap-tiap bulan sampai baki kereta tinggal RM9,000, saya nk minta geran untuk buat oadtax, tapi owner tak bagi..
“Agak payah untuk saya time tu nak cari owner sebab saya dah hilang nombor contact owner dan saya pun bukan duduk Ipoh dah.. Jadi macam payah sangat saya pun tak sambung bayar kereta tu..saya pun letak kereta tu depan kedai saya je di Ipoh tu dekat sangat dengan rumah tuan keta.. Dengan harapan owner kalau lalu lalang ternampak kereta macam dia mai la check ke apa ke sebab saya memabg ada letak kad business saya dalam keta tu apa-apa boleh call saya..
“Adik saya letak plate lain sebab tak mahu bagi orang ingat kereta tu besi buruk..no tu roadtax hidup lagi tapi memang selamat la kereta tu tak ada orang curi dah bertahun di depan kedai saya tu..
“Sekarang ni dah bayar habis dia tak nak bagi jaga geran sebab nak settle tukar nama katanya..Saya pun akan tunggu semua kos baiki kereta tu untuk urusan puspakom harap kereta tu akan bertukar nama saya la..harap owner betul-betul ikhlas aamiin.
“Tak ada isu kata saya curi kereta tu sebab saya letak terang-terang depan kedai saya..kalau curi saya letak dalam gudang jual spare parts apa yang patut..
“Tapi sayi ni takut jaga nak mati nanti tak habis dengan manusia..sangkut saya nanti..
“Terima kasih semua yang tolong viralkan pasal isu kereta ni. Kuasa viral ni memang terbaik dari situ dapat lah kita kenal akhlak seseorang tu. Terima kasih sekali lagi memudahkan kerja saya,” tulisnya.
Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.
Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.
Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.
Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.
Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu. - Astro Gempak