SHAH ALAM - Seorang aktivis sosial berkongsi pengalaman anaknya dipercayai menjadi mangsa cabul di sebuah kedai gunting rambut di sini.
Perkongsian itu dimuat naik di Facebook untuk iktibar kepada semua sebelum kisahnya tular di laman sosial.
Syed Azmi Alhabshi berkata, dia membawa anaknya untuk gunting rambut namun itu adalah kali pertama dan terakhir ke kedai tersebut.
"Keluar dari kedai, anak saya bisik tak nak dah datang kedai ni. Pertama kali kami pergi kedai ni. Dia tak nak cerita 'on the spot', ajak balik dan masuk kereta terus. Dalam kereta baru dia cakap dia dicabul. Menangis peluk kaki sendiri.
"Penggaya rambut macam sudah tua, dia seorang je yang bertugas. Ada beberapa pelanggan perempuan dan lelaki. Saya tengok dia pun ala-ala gay saja jadi tak fikir panjang," tulisnya.
Pada awalnya, anaknya beranggapan lelaki itu secara tidak sengaja menyelak baju dan tersentuh payu daranya namun perbuatan keji itu berlarutan ketika sedang mencuci rambut.
"Anak cakap, masa nak potong rambut, nak letak kain alas, memang dia perasan lelaki macam selak dan intai-intai dalam baju tapi dia fikir mungkin silap kot, mungkin ada rambut masuk kot.
"Then masa nak tarik luruskan rambut untuk dipotong, ada tersentuh 'breast' dia tapi anak fikir mungkin tak sengaja kot. Habis potong, lelaki tanya nak cuci tak pada saya, saya pun cakap cucilah senang sikit, balik rumah tak yah cuci dah... inilah kesilapan besar saya," katanya.
Menurutnya susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis untuk mempertahankan diri selain demi keselamatan mereka.
"Kami buat laporan polis, pegawai polis bahagian siasatan cakap ada kes, tapi tiada bukti dan saksi. Dan manalah tau kalau the guy kaya boleh hire lawyer power, kami pulak disaman malu ke.
"So kami 'persuaded to drop case, which we did' dan anak memang macam sedih, marah, tak puas hati. Dia risau jadi kat orang lain. Kami (nak) jelaskan, bukan bermakna benda ini tidak salah, salah tetap salah. Kami cuba tapi kita perlu mematuhi undang-undang," katanya.
Syed Azmi juga berharap perkongsian itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai kerana kes air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
"Gay atau lembut tak semestinya tidak berminat kepada perempuan, 'We were so stupid and naive'.
"Saya mintak dia buat 'cover note' hari ni. 'Cover report' ialah satu bentuk laporan yang di buat di balai polis sebagai makluman sahaja tanpa siasatan. Hanya jika pihak polis rasa laporan tersebut mempunyai asas dan pemberat, polis sendiri akan buat siasatan.
"Satu lagi mengenai 'cover Note' ialah, kalau ada orang lain buat laporan polis dan nama yang sama, 'cover Report' ini akan diangkat sama dan digunakan untuk kegunaan kes bagi menguatkan lagi kes." katanya.
Postingnya itu dihujani pelbagai reaksi dari netizen dan menzahirkan terima kasih di atas perkongsian tersebut.
Azila Arifin berkata, "Pesan dekat anak-anak, kalau orang buat macam itu walaupun kat khalayak ramai jerit atau nangis kuat-kuat supaya ibu bapa alert. Kesian anak-anak, bila trauma bukan mudah nak pulih."
Kata Zurina Mohd Noor, "Benda-benda macam ni boleh jadi kat siapa-siapa je. Nauzubillah, itu sebab tuan tanah kongsi story sebagai peringatan. Bukan remaja lelaki je. Boleh jadi kat kanak-kanak lelaki yang kecil juga, yang pasti orang yang terlibat je tahu macam mana tekanannya."
"Sure banyak benda yang dorang pertimbangkan sebelum decide dropped case. Dari komen-komen blame sana sini, baik bagi komen membina macam mana nak elakkan benda ni jadi dekat orang lain." - Sinar Harian