Hal tersebut dikongsikan Shuib, atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 35, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Gambar dua minggu lepas 16/12/2019. Hasil daripada makan tak tentu arah. Tak pernah sebuncit ni sampai tali pinggang boleh menyorok bawah perut!," tulisnya diruangan kapsyen.
Justeru, kata Shuib, dia memasang impian untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik sempena kehadiran tahun 2020.
"Tapi dua minggu ni makan dah mula teratur. Jadi, azam 2020 adalah six pack! Tunggu! Rasanya berjaya ke tak?," kongsinya.
Pada entri tersebut, Shuib yang berkongsi gambar dirinya tidak berbaju selain cuba menutup bahagian pusatnya sahaja mencuri tumpuan netizen.
Perkongsian Shuib itu kemudian mendapat pelbagai respons termasuklah ada yang menegurnya kerana berkongsi gambar yang disifatkan mendedahkan bahagian auratnya.
"Abang Ib, aurat kita bukan lubang pusat tu abang ib. Aurat lelaki kawasan selari pusat tu abang Ib," komen salah seorang pengikutnya.
Bagaimanapun, ada antara pengikutnya cuba menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka.
"Yang sensor tu bukan pusat, pusat Shuib bawah lagi.
"Dah macam kupang sedut aku tengok ko Ib," seloroh pengikutnya yang lain. - Astro Gempak