Ia bermula apabila wanita berkenaan menulis status yang menuduh pelakon itu terlibat dalam video sekumpulan lelaki didakwa golongan Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) seperti yang dikongsikan seorang lagi pengguna laman sosial itu.
Menyedari komennya itu mendapat perhatian Syafie, remaja tersebut, kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi sebuah video yang dihantar kepada pelakon itu yang mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.
“Saya buat video ini untuk meminta maaf kepada abang Syafie Naswip sebab saya sudah tulis sesuatu yang buatkan Abang Syafie Naswip terasa di laman sosial Twitter.
“Saya ingin betul-betul meminta maaf dan semua itu adalah kesalahan saya. Saya tak berfikir apa yang saya tulis.
"Apa saya tulis sama sekali tak betul dalam video itu tak ada langsung rupa wajah Abang Syafie Naswip. Saya betul-betul ingin meminta maaf. Saya janji takkan buat lagi,” katanya.
Sementara itu, pelakon yang dikenali menerusi filem Mukhsin itu berkata dia menerima permohonan maaf Aisyah.
“Maafmu diterima adik. Cuma jangan buat lagi. Jadikan pengajaran bukan untuk adik seorang tetapi untuk semua agar berhati-hati ketika menulis di media sosial,” katanya.
Terdahulu, Syafie menerusi komen yang dibalas kepada gadis itu di Twitter berang dengan perkara yang dilakukannya dan mahu mengambil tindakan undang-undang kerana dianggap memfitnah dirinya.
"Yang mana yang macam saya itu. Awak pernah rasa nak disaman dan dimalukan satu Malaysia tak? Kalau nak saya boleh bawa komen awak ini kerana memfitnah saya di media sosial?
"Saya dah 'screnshoot' awak punya komen dan link Twitter awak. Tunggu surat dari saya ya! Saya akan tularkan hal ini dan ambil tindakan pada awak. Biar mak ayah awak tahu tindakan awak salah dik, guna insta (Instagram) biar ada manfaat.
"Orang macam ini rasanya kena bagi pengajaran supaya dia ingat langit dan bumilah gamaknya. Biar mak ayah mereka ini tahu apa anak-anak mereka buat dengan media sosial. Menulis biar ada kognitif yang bagus dik, jangan jadi bodoh di media sosial," tulisnya. - Sinar Harian