Video: Keadaan Kecoh Tian Chua Kena Serang


PETALING JAYA - Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti.

Antara mereka yang dikecam teruk termasuklah bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Majlis mesyuarat MPP PKR yang berlangsung sejak jam 12 tengah hari itu baharu berakhir dan suasana di luar bangunan masih tegang dengan sebahagian daripada mereka melaungkan reformasi. - Sinar Harian