Suami penat bekerja bukan sahaja memberi tekanan emosi kepada diri suami tetapi kepada isteri juga. Ia boleh mendatangkan kesan yang positif sekiranya isteri pandai memainkan peranan dalam rumah tangga.
Sebenarnya zaman ini, semua tugas dalam rumah bukan terletak di bahu isteri sahaja, ia memerlukan kerjasama agar kehidupan kita berjalan dengan lancar. Apa yang penting, ketulusan dan kejujuran pasangan dalam saling memberi dan menerima.
Aku agar beruntung dan sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang, rajin membantu aku melakukan kerja di rumah dan sangat memahami aku.
Aku agar beruntung dan sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang, rajin membantu aku melakukan kerja di rumah dan sangat memahami aku.
Kiranya suami aku ni suami idaman semua wanita zaman ini tau.. dia pandai memasak, rajin mengemas rumah, pandai menguruskan anak-anak, tahu membeli ikan dan sayur di pasar.
Bahkan dia juga tahu menilai penampilanku, warna tudung dan baju aku jika hendak keluar rumah. Kiranya dia ni perunding imej aku juga la.
Namun ada kalanya dia mengalami sindrom suami penat bekerja kerana jadual kerjanya yang sering terlibat dengan operasi penting negara kita.
Jika dibandingkan dengan rungutan rakan sekerjaku, suami mereka hanya tahu balik, bising jika kerja rumah tidak disiapkan malahan tidak membantu menguruskan anak-anak di rumah.
Jika dibandingkan dengan rungutan rakan sekerjaku, suami mereka hanya tahu balik, bising jika kerja rumah tidak disiapkan malahan tidak membantu menguruskan anak-anak di rumah.
Kisah seperti ini yang membuatkan aku lebih bersyukur mempunyai suami yang penyayang dan memahami aku.
Suami penat bekerja biasanya akan balik dalam keadaan letih, penat, lapar dan mood yang kurang baik.
Isterilah yang perlu menjalankan projek memikat suami agar suami tidak sabar balik ke rumah. Ikhlaskan semua kerjamu wahai kamu wanita. Sumber: yatiadam.com