Laporan polis dibuat oleh remaja tersebut bersama bapanya di Balai Polis Puchong, kelmarin.
Malaysiakini difahamkan, mangsa dalam laporan polis itu mendakwa lelaki 40-an itu pada 16 Mac ketika berada di rumah di Puchong, dipaksa membuka baju ketika ibunya pergi ke kedai.
Setelah mangsa menolaknya, individu tersebut merogolnya, dakwa laporan itu.
Remaja itu juga mendakwa pernah dirogol beberapa kali sebelum ini dan diugut bunuh sekiranya memberitahu insiden itu kepada orang lain.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Ketua Asisten Komisioner, Risikin Satiman mengesahkan menerima laporan polis berhubung insiden tersebut.
"Suspek sudah lari sebaik bapa mangsa bawa mangsa ke balai polis untuk buat laporan.
"Kami sedang kesan suspek," katanya kepada Malaysiakini.