Video: Zarina Anjoulie Minta Netizen Henti Kecam Sharifah Sakinah

Pelakon Zarina Anjoulie atau mesra disapa sebagai Anju meminta netizen untuk berhenti mengecam Sharifah Sakinah.

Semalam, Sakinah tampil dalam sebuah video membuat permohonan maaf terhadap Zarina kerana menyelar tindakan Zarina yang dikatakan mengambil kesempatan atas isu bantuan khusus artis ketika berhadapan krisis COVID-19 ketika ini.

Namun, tindakan Sakinah itu dikecam netizen dengan mengatakan dia tidak ikhlas berbuat demikian.

Menurut Anju, dia telah menerima permohonan maaf itu dan dia juga ingin memohon maaf kepada Sakinah.
"Semalam Sakinah buat video minta maaf, benda pun dah jadi, kami dulu pun kawan, tak perlu nak bergaduh, jadi, saya pun nak minta maaf pada Sakinah.


"Sakinah pun adah DM saya minta maaf tapi masih ramai yang kecam kata dia tak ikhlas. Sebenarnya, ikhlas atau tak itu antara dia dengan Allah, saya tak kisah sebab dia dah minta maaf.

"Macam mana korang tahu dia ikhlas ke tak, mungkin cara dia macam itu, yang penting dia dah minta maaf dan saya pun minta maaf," kata Anju menerusi Instagram TV (IGTV).
Dalam pada itu, Anju turut mengakui dirinya banyak melakukan kesilapan sebelum ini.

"Cuba fikir, saya dulu pun banyak buat silap dan korang tetap terima saya lagi, jadi kenapa tak boleh terima dia," tambahnya.

Terdahulu, kemelut antara dua pelakon ini mula tercetus selepas Sakinah mendakwa Anju mengambil kesempatan dan meraih perhatian dari isu beberapa artis menyuarakan pendapat untuk memohon bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi untuk melarikan perniagaannya di Instagram. - Astro Gempak