Mohd Fadhzili Hassan yang memakai jubah dan bersongkok sedang bersila di atas katil sebenarnya merakam dirinya membuat Tik Tok lagu nasyid.
Melalui gambar yang dimuat naik Mohd Fadhzili tulis menulis status, “Tengah seronok buat Tik Tok lagu nasyid tiba-tiba isteri aku datang jerit, cakap aku nak nikah online.
“Habis semua dalam laptop tu dia selongkar sebab tak percaya,” katanya.
Mohd Fadhzili ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar memberikan pengalaman pahit dan manis buat dirinya.
Katanya, ketika kejadian itu dia buntu kerana belum membaca maklumat mengenai nikah online yang kini diperkatakan di seluruh negara.
"Selepas kejadian tersebut barulah saya tahu mengenai nikah online.
“Lepas ni saya dah tak nak main Tik Tok lagi,” katanya. - Sinar Harian