Saya sendiri pernah jadi mangsa hasad dengki seorang ustaz yang depan saya panggil sahabat, salam dan peluk bagai. Tetapi di belakang, tikam sehendak hendaknya
Penyakit dengki tak kira siapa. Yang berjubah, yang berserban, yang berjanggut, yang petah berbicara. Allah uji hambaNya dengan pelbagai cara. Barangkali ujian seorang agamawan ialah tidak senang melihat agamawan lain ramai pengikut, lebih famous dsb. Saya juga tidak terlepas dari penyakit hasad dengki
Buat sahabat saya Ebit Lew, stay strong. Barangkali apa yang terjadi bertujuan sebagai signal dari Allah untuk duduk, bermuhasabah, 'selftalk', bersidang sesama team untuk perbaiki mana yang lemah. Banyak yang tak benar orang tuduh Ebit Lew.
Tak mustahil ada yang benar. Mengenali beliau, saya yakin Ebit takkan melenting. Sebaliknya beliau akan 'menjawab' dengan tindakan & terus menbuat kebaikan walau dicerca dan dihina.
Ramadan medan kita reset diri. Perbaiki diri. Ya Allah jauhilah diriku dari penyakit HASAD DENGKI - aku seorang pendosa - Amin Idris
Ramadan medan kita reset diri. Perbaiki diri. Ya Allah jauhilah diriku dari penyakit HASAD DENGKI - aku seorang pendosa - Amin Idris