Rohingnya Masa Di Rakhine Dan Setelah Tiba Di Malaysia

Sebelum saya memulakan penulisan, marilah kita sama-sama cuba menyelami dahulu jika diri kita yang menjadi etnik Rohingnya di mana kaumnya tidak pernah diiktiraf sebagai warganegara, kampung dibakar dan saudara-mara di bunuh!

Hidup sentiasa di dalam ketakutan, kepapaan, mengharapkan bantuan ehsan dari negara-negara yang sudi membantu. Ilmu agama Islam pula memang sudah 'kelaut' disebabkan kurangnya madrasah atau pusat pendidikan agama.

Perjalanan untuk menjadi pelarian pula amat mencabar iaitu perlu menaiki kapal yang sempit sehingga ratusan orang. Sumber makanan/air yang tidaklah mencukupi malah berpanas sinaran matahari diselingi hujan ribut di atas kapal sehingga berbulan-bulan lamanya! Itu pun belum tentu berjaya.

KEHIDUPAN BARU YANG NIKMAT DI MALAYSIA

Setiba sahaja mereka di perairan Malaysia, lalu diselamatkan oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Malaysia dan diberikan perlindungan sementara. Kini mereka telah bebas dari tentera Myanmar.

Sudahkah kita semua selami segalanya di atas? Usah terus menghukum penulisan ini, mari kita teruskan pembacaan!

ALAMAK PLOT TWIST

Sepanjang hidup di Malaysia ini, amat tidak logik jika mereka tidak memerhatikan rata-ratanya rakyat Malaysia ini pembersih (berbanding mereka), sopan santun dan bertolak ansur. Sayangnya mereka tidak belajar pun adab/budaya dari masyarakat setempat sedangkan mereka kategori 'menumpang'.

Mereka lebih selesa hidup dalam keadaan asal mereka yang boleh dikatakan berakhlak buruk (bukanlah semua tetapi majoriti) tanpa asimilasi walaupuan 1% pun dari masyarakat setempat.

BERAKHLAK BURUK BAGAIMANAKAH MEREKA ITU?

Apabila mereka menaiki bas di Selangor/KL, mereka akan berebut tempat duduk dengan warga Malaysia sehingga bergaduh-gaduh.

Sanggup menipu (pelbagai alasan) demi meminta sedekah sedangkan kutipannya sehari lebih dari RM300. Meminta sedekah pula sambil tiada adab sopan-santun malah memaksa. Jika kita tidak memberikan sedekah maka segelintir dari mereka akan tunjuk protes samada maki atau membuat wajah sinis.

Jika kita ambil mereka bekerja, kerap kali mereka menimbulkan pergaduhan sesama pekerja yang lain. Mereka suka berdrama dan bergosip malah menjatuh-jatuhkan. Adakah ini budaya mereka turun-temurun? Wallahualam.

Usah terkejutlah jika tuan mendapat tahu bahawa mereka amat suka mengutuk Malaysia sekali dengan penduduknya. Ini benar, bukan kisah dongeng.

Meludah di dinding dan kaki lima bermozek memang budaya wajib mereka. Air liur pula bukannya jernih tetapi berwarna merah menyala disebabkan makan sireh lalu meninggalkan bekas yang amat comot di dinding. Lihatlah di sekitar Shah Alam bandar yang terlalu indah tetapi dindingnya comot!

Apabila menceburi bidang perniagaan pula, mereka akan 'potong line' ahli perniagaan tempatan (dengan cara haram pula itu). Mereka berebut pelanggan contohnya servis potong rumput dll.

Mereka agak keras kepala dan langsung tidak takut pihak penguatkuasa berbanding pendatang haram dari negara yang lain yang jauh lebih mendengar kata. Mereka memiliki 'tangkal/azimat' iaitu kad UNHCR walaupun banyak yang palsu!

KOMUNITI YANG MENGGANGGU KEJIRANAN SECARA HALUS

Bagi mereka yang pernah berjiran dengan ramai etnik Rohingnya pastinya mereka akan alami pengalaman yang sama. Etnik Rohingnya tidak menghormati langsung kejiranan warga tempatan malah bersifat 'conqueror' iaitu kita tidak boleh usik mereka.

Mereka bebas melakukan kekotoran, bising dan melepak-lepak di laluan awam sehingga menggugat penduduk tempatan yang lain.

Berjiran dengan warga etnik Rohingnya yang agak ramai selalunya akan meningkatkan risiko kecurian.

Bagi mereka yang bekerja dengan majikan rata-ratanya tidak boleh terlepa kerana risiko mereka mencuri barang perniagaan majikan agak tinggi sedangkan kebanyakan mereka bukanlah pekerja yang produktif pun (perlu dipantau selalu). Mereka tidak sama dengan pekerja Jawa Indonesia yang jauh lebih rajin dan tidak 'demand'.

Anak-anak etnik Rohingnya pula lazimnya kerap bergaduh dengan anak-anak warga tempatan lebih-lebih lagi anak lelaki. Mereka tidak boleh ditegur malah boleh menengking warga tempatan dengan kata-kata kesat.

KITA PERHALUSI SIFATNYA LAGI

Jika kita berbual dengan etnik Rohingnya, rata-rata dari mereka jarang yang merendah diri. Ini bukan pukul rata, ramai dari mereka suka bercerita kelebihan diri, tunjuk pandai dan suka mengutuk apa yang ingin dikutuk.

Apa yang perlu dilagakkan sebenarnya? Mereka ini sedarkah siapa mereka? Mungkin ramai dari mereka yang kaya-raya di sebalik tabir? Tidak apalah, rezeki mereka yang telah tertulis di langit.

Mereka juga suka mengatakan bahawa; "melayu pun kaki rogol jugak, perangai macam hampeh jugak, solat pun ramai yang tinggal jugak bukan kaum dia semata-mata je!". Tetapi mereka kena beringat bahawa mereka menumpang di negara orang dan mulut kenalah jaga sebagai tetamu.

MEREKA ISLAM DAN SE-AKIDAH DENGAN KITA?

Jika diikutkan ajaran Islam, kita tidak boleh pinggirkan etnik Rohingnya kerana mereka umat Islam dan bersaudara (walaupun banyak dari mereka yang tidak solat dan puasa pun).

Di mana lagi mereka boleh bergantung harap selain dari negara-negara yang ramai muslim? Kita kena terima hakikat bab ini dan perlu akur.

Mereka sendiri sebenarnya tiada negara pun, sama seperti Yahudi sejak berabad lamanya dan juga kaum Gypsy di eropah. Setelah mereka melarikan diri, mereka tidak akan kembali lagi ke tempat asal mereka iaitu Myanmar. Bagaimanakah untuk selesaikan kes ini?

PIHAK BERKUASA PERLU PISAHKAN MEREKA DENGAN PENDUDUK TEMPATAN

Kita semua tiada masalah jika pelarian hendak berlindung di negara ini buat sementara contohnya seperti pelarian Syria, Bosnia dll. Cuma perangai etnik Rohingnya ini amat berbeza dan agak kriktikal berbanding dengan pelarian-pelarian yang lain. Ia amat menyakitkan hati masyarakat Malaysia.

Menghalau etnik Rohingnya keluar dari negara bukanlah perkara semudah 'A.B.C' melainkan mereka masih di atas kapal.

Kos pengangkutan menghantar mereka ke tempat lain menelan belanja lebih jutaan ringgit kerana jumlahnya lebih ratusan ribu orang! Semestinya kos-kos itu datangnya dari wang cukai kita.

Sudah tentu banyak negara akan 'reject' mereka ini. Jadi mahu halau ke mana? Pulau terpencil? Pastinya pulau terpencil di Malaysia ini memiliki terumbu karang yang cantik dan indah! Usahlah merosakkan pulau itu dengan meletakkan etnik ini di sana.

Apa-apa pun, bagi etnik Rohingnya yang telah pun 'TERLEPAS' melarikan diri ke negara tercinta ini, diharap pihak berkuasa masukkanlah mereka ke dalam kem pemulihan akhlak dan moral dahulu.

Ini mesti diwajibkan oleh pihak berkuasa dan juga UNHCR jika sudah alang-alang 'terpaksa' membantu dan melindungi mereka.

Pondok dan dorm di kem PLKN banyak yang sudah usang di seluruh negara. Masukkanlah mereka ke situ agar kem itu tidak mereput. Didiklah akhlak mereka, perbetulkan Islam mereka. Ramai yang membaca Al-Fatihah pun tidak tahu jadi bagaimana mahu bersolat?

Ajari mereka bercucuk tanam dan membela ayam dll. di kem tersebut agar mereka boleh mencari makanan sendiri tanpa mengharapkan 100% bantuan negara yang tidak seberapa ini. Pandai-pandailah mereka hidup sendiri. Rakyat Malaysia pun masih ramai yang lebih susah dan memerlukan bantuan.

Sekurang-kurangnya mereka tidak mengganggu lagi masyarakat kita kerana tidak tinggal bersama. Pastikan mereka tinggal sementara sahaja, usah lama-lama sangat di Malaysia.

Jika akhlak mereka baik dan menghormati penduduk setempat termasuk juga majikan atau rakan-rakan sekerja, mungkin penduduk Malaysia (termasuk negara-negara lain) tiada masalah dengan etnik ini untuk berlindung sementara. Tidak akan muncul penulisan seperti ini.

"Akhlak yang baik, ibarat benih yang di campak di mana-mana lautan pun akan menjadi pulau".

TIDAK MUSTAHIL ADA NEGARA LAIN YANG AKAN 'TAKE OVER'

Sementara etnik Rohingnya berada di Kem, Malaysia kena sentiasa 'alert' jika ada negara-negara lain yang memerlukan pelarian sebagai sumber tenaga kerja di sana. Mungkin itulah peluang emas untuk pindahkan mereka semua secara berfasa.

Rasanya pihak Jepun memerlukan warga pelarian untuk mengusahakan tanah pertanian di pedalaman (kerana migrasi penduduk tempatan ke bandar).

Antara khabar angin menyatakan; jika pembangunan penempatan untuk kaum Rohingnya telah pun 100% siap dibina di salah satu pulau di Bangladesh, maka bolehlah pihak Malaysia menghantar mereka semua ke sana. Sekarang masih di dalam proses pembinaan dan tidak dirasmikan lagi.

TUBUH BERISI MAKNANYA MEREKA TERLEBIH CUKUP MAKAN!

Saya perhatikan, rata-rata etnik Rohingnya di Malaysia ini agak buncit perutnya. Itulah tandanya bahawa mereka alami 'caloric surplus' iaitu terlebih makan.

Tubuhnya agak gempal malah tegap dan sihat tetapi meminta sedekah! Saya sarankan lebih baik kita berikan sedekah kepada etnik Rohingnya yang sedang berada di Myanmar atau sempadan Bangladesh. Mereka lebih memerlukan, hidup mereka sedang menderita!

#NOTA: Kita tidaklah membenci etnik Rohingnya (bukan pada bangsa) tetapi kita tidak selesa dengan akhlak/moral mereka di Malaysia ini. Ianya bersifat individu tetapi di dalam kelompok yang ramai.

Ramai sahaja etnik Rohingnya yang baik hati dan mulia orangnya di sini. Kita tidaklah pukul rata cumanya yang sebegitu adalah minoriti, bukan majoriti. Sungguh ramai yang tidak percaya kenyataan ini.

Sekarang ini timbul satu persoalan; kenapa ketua persatuan mereka di Malaysia ini iaitu Zafar Ahmad berkahwin dengan orang Melayu Malaysia? Beliau tidak tertarik ke dengan wanita etnik Rohingnya sendiri?

Nampak sangat 'hipokrit' kononnya mahu bela nasib etnik Rohingnya di Malaysia tetapi diri sendiri tidak berminat dengan wanita Rohingnya. Kahwin sebab ada udang disebalik batu?

Tidak mengapalah, kita terima jawapan formal iaitu 'sudah jodoh dari Allah SWT...' (maaf sebab tersibuk tepi kain orang). - Anwar Suran