Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis ketika sedang melakukan sesi Facebook Live di sebuah restoran, di sini, malam tadi.
Lokman menerusi penstriman langsung bertajuk Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkan sesi tersebut.
"Malam ini saya didatangi beberapa anggota polis. Saya tidak tahu apa (benda) yang mereka mahukan. Jadi saya rasa malam ini cukuplah. Polis dah tunggu lama dah," katanya sebelum sesi itu dihentikan serta-merta.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rakaman sesi Facebook Live itu telah dipadamkan daripada laman Facebook peribadinya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan Lokman bagi membantu siasatan.
"Lokman ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana penggunaan perkataan kurang sopan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
Tambahnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu.
Dalam kenyataan yang berasingan, Lokman secara terbuka meminta peguam untuk dihantar ke Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas (JSJT) di ibu pejabat polis Bukit Aman dan menghubungi individu yang dikenali sebagai Inspektor Nasir.
"Saya ditahan di bawah Seksyen 506," katanya dalam hantaran itu. - Astro AWANI