Pelakon Puteri Sarah Liyana sah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
Lebih dramatik, isteri pertama Syamsul itu berkata, tarikh sebutan prosiding jatuh pada 7 Mac iaitu sehari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
“Syukur, Alhamdulillah cukuplah Sarah jadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki.
“Kita mula (berkahwin) pada 8 Mac, kita habis pun 8 Mac.
“Tarikh prosiding 7 Mac itu signifikan kerana kebetulan esoknya 8 Mac tarikh ulang tahun perkahwinan kesembilan kami (untuk mulakan hidup baru),” katanya.
Menurut pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin itu, keputusan berkenaan adalah jalan terbaik yang diambil selepas cuba mempertahankan rumah tangga yang didirikan selama ini.
Katanya, dia juga sudah cuba memberikan yang terbaik sebagai isteri kepada Syamsul.
“Benda dah terjadi, ini adalah jalan terbaik, untuk sarah dah jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan buat terbaik.
“Sebelum ini dah berbincang dengan keluarga dan cuba pertahankan perkahwinan kami termasuk berjumpa ustazah untuk selesaikan tapi sama saja.
“Justeru, saya rasa inilah keputusan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah kelihatan tenang ketika dia tiba di perkarangan Mahkamah Syariah kira-kira jam 10.30 pagi sambil ditemani dua adik-beradiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran.
Ketika disoal mengenai perasaannya sewaktu bangun dari tidur pagi tadi, Puteri Sarah, 37, menjawab sambil tersenyum bahawa dia sememangnya bersemangat untuk hadir ke mahkamah hari ini.
“Saya bersemangat, doakan saya,” katanya.
Turut hadir, peguam mewakili Puteri Sarah, Akberdin Abdul Kader
Sebelum ini, Puteri Sarah, memberi bayangan dia akan memfailkan perceraian terhadap pengarah dan pelakon kontroversi itu kerana enggan dimadukan dengan Ira Kazar.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, meleraikan segala spekulasi dengan mendedahkan dia sudah menikahi Ira di Thailand dengan berwalikan bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Kontroversi semakin membahang apabila perkahwinan itu tidak direstui ibu Syamsul, Patimah Ismail selain menyatakan dia tidak akan memaafkan Kazar kerana turut membantu anaknya berkahwin.
Puteri Sarah turut meluahkan perasan lega kerana kini mampu memberi fokus sepenuhnya pada ibadah umrah yang bakal dikerjakan pada 26 Mac Januari ini.
“Sarah lega sebab sudah failkan perceraian 10 hari sebelum pergi umrah,” katanya. - MalaysiaKini