NAMA pelakon, Ezzrin Loy menjadi hangat di platform TikTok selepas didakwa menjadi punca aktor terkenal, Shukri Yahaya kemalangan dalam Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad.
Lebih-lebih lagi apabila tular sebuah video di TikTok merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.
Malah ruangan komen video itu juga dipenuhi dengan kritikan netizen yang menyalahkan cara pemanduan Ezzrin.
Lagi menyedihkan apabila anak perempuan Shukri iaitu Ameena yang menonton perlumbaan itu menangis sebaik sahaja melihat bapanya kemalangan.
Bagaimanapun Ezzrin menerusi akaun Instagramnya menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan salah faham netizen berkenaan kejadian yang berlaku.
“Saya dengan seikhlas hati memohon maaf kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan terutamanya Shukri Yahaya dan Hefny Saad.
“Selepas perlumbaan, tindakan pertama saya adalah bertemu dengan kedua pemandu (Shukri, Hefny) dan memohon maaf kepada mereka. Saya menghormati kedua-duanya kerana mengambilnya secara profesional.
“Saya telah dipanggil oleh pengarah perlumbaan untuk menyiasat tentang kejadian tersebut, saya didapati tidak bersalah dan saya dilepaskan dengan NFA.
“Jangan salah faham, saya benar benar minta maaf atas apa yang berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
“Kepada peminat yang terkesan dengan kejadian itu secara emosi, anda berhak untuk berasa begitu dan saya mohon maaf,” jelasnya.
Dalam pada itu, Shukri menerusi ruangan Insta Story miliknya memuat naik perkembangan terkini keadaannya.
“Semuanya baik-baik sahaja, jangan risau kita okay,” tulisnya ringkas.
Malah Shukri juga turut merakamkan kehadiran Ezzrin ke rumahnya sambil membawa hadiah untuk anak-anaknya sebagai tanda minta maaf.
“Ni gentleman punya kelakuan, comel, sweet Ezzrin ni. Okay dah main sentimen anak ni kira selesai lah. Terima kasih,” coretnya.
Untuk info, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) tahun ini sudah memasuki musim ke-6.
Perlumbaan Vios Challenge menampilkan selebriti kesayangan Malaysia beraksi dalam kumpulan Promotional Class. - Astro AWANI