Sebahagian Kapal Diraja (KD) Pendekar milik TLDM karam selepas terlanggar objek di dalam laut ketika berlayar di Laut China Selatan, dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop di Johor, tengah hari tadi.
Markas tentera laut dalam kenyataan menjelaskan kapal itu membawa 39 orang anak kapal ketika air mula memasuki bilik jentera yang bocor akibat pelanggaran itu.
“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal.
“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.
“Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal,” kata markas tentera laut.
Menurutnya, TLDM akan segera menubuhkan lembaga siasatan khas untuk menyiasat punca insiden.
“TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan terhadap insiden ini iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada di persekitaran,” katanya lagi. - Malaysiakini