Palestin Desak Tingkat Tekanan Terhadap AS Supaya Henti Bekal Senjata Ke Israel



Tekanan terhadap Amerika Syarikat dan beberapa negara lain berhubung bekalan dan penjualan senjata kepada Israel perlu ditingkatkan, kata penasihat Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengenai hubungan antarabangsa dan utusan khasnya, Riyad al-Maliki dalam satu temu bual dengan Sputnik.

"Tekanan ke atas semua negara yang membekalkan senjata kepada Israel harus ditingkatkan. Khususnya melibatkan Amerika Syarikat.

Jika masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan, "akan ada negara yang benar-benar mempertimbangkan isu ini," kata al-Maliki.
 
Jika sekatan tidak dapat dikenakan, sekurang-kurangnya penjualan senjata kepada Israel perlu dihentikan, katanya.

Pada April, Kongres AS meluluskan rang undang-undang bantuan luar negara yang membuka jalan kepada sokongan ketenteraan sebanyak US$15 bilion untuk Israel. -- BERNAMA