Polis Siasat Video Tular Lelaki Didakwa Curi Beg Tangan Di Ruang Tamu Rumah


POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - UtusanTV