Mangsa Lapor Polis, Tertipu Dalam Skim Pelaburan Projek ‘Camping’


JOHOR - Harapan untuk mendapat pulangan imbuhan lumayan akhirnya lebur setelah terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM24.000 ribu.

Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN bersama 3 mangsa penipuan ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini.

Menurut En Zack PAKIN, 3 individu dilaporkan kerugian hampir RM 24 ribu setelah terpedaya dengan skim pelaburan palsu project camping, yang aktif dalam negara sejak awal tahun lepas.

"Mangsa dihubungi oleh salah seorang individu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan dalang 'scammer' ini."

"Mangsa didorong untuk melabur dalam perniagaan 'camping' dan dijanjikan pulangan sebanyak 6.67% setiap bulan dari keuntungan yang diperoleh dari hasil perniagaan yang dijalankan tetapi selepas pelaburan dibuat, pelabur tidak menerima apa apa pulangan seperti yang dijanjikan selama setahun."

Mendedahkan perkara itu, salah seorang mangsa, Muhammad Syakirin berkongsi pengalamannya tertipu dengan tindakan licik 'scammer' menggunakan gambar dan video projek 'camping' yang dijalankan serta menerangkan kronologi kes penipuan ini di hadapan IPD Muar pada petang ini.

"Saya sangat berharap supaya pengguna media sosial akan lebih berhati-hati, tidak terpedaya dan kesedaran tentang aktiviti 'scammer' ini mereka perlu peka. Semoga dengan laporan polis yang dibuat ini, pengguna media sosial yang lain tidak terpedaya',katanya."

"Jangan percaya dan terpedaya. Itu nasihat yang diberikan oleh salah seorang mangsa kes penipuan projek 'camping' Muhammad Syakirin kepada orang ramai berhubung tindakan 'scammer' yang menggunakan pengaruh (follower) yang ramai untuk menipu."