Kuala Lumpur: Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim, 20, namun hubungan Aslam dengan ibu mentua, Abby Abadi masih seakan dingin.
Apatah lagi, Abby menerusi komen ditulisnya sebagai menjawab pertanyaan netizen yang meminta dia memohon maaf kepada madu anaknya membuat anggota kumpulan Elite ini kesal dengan sikap menantunya.
Justeru, bagi meredakan 'kehangatan' yang timbul di media sosial itu, Aslam, 26, akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby meskipun mendakwa pernah melakukannya sebelum ini.
"Saya jarang bersuara kerana di tempat dan kedudukan yang bersalah. Tapi, ada masa diam itu bukan lagi pilihan. Saya juga sudah pernah meminta maaf pada kedua ibu mentua saya.
"Tetapi, disebabkan ibu mentua (Abby) mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial. Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mentua saya, Abby Abadi.
"Banyak perkara yang sudah saya lakukan sangat berat," katanya pada hantaran ditulis dan dimuatnaiknya di platform Threads, hari ini.
Pada hantaran berbeza, Aslam juga menjelaskan mengenai tindakan diambilnya untuk berpoligami kerana atas dasar tanggungjawab selain berusaha untuk menjadi suami yang adil dalam rumah tangga.
"Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, berkahwin secara senyap serta bukan kerana suka-suka tetapi keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
"Tapi, saya juga tahu lebih baik bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dua isteri saya.
"Mereka (dua isteri) tidak berkongsi tempat tinggal termasuk nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya tidak sempurna tetapi berusaha berlaku adil," ujarnya.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai terutama dikecam hebat netizen di media sosial pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan muda sensasi itu turut dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam yang ketika itu dimaklumkan berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Tidak hanya itu, pernikahan antara Aslam dan Marissa juga didakwa berlangsung tanpa pengetahuan ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim dan anggota keluarga yang lain.