LONDON - Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, ANSA.
Kereta kabel itu dilaporkan jatuh terhempas dalam keadaan cuaca buruk di Gunung Faito, berdekatan Sorrento.
Seorang lagi mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital, menurut kenyataan pasukan penyelamat.
Rakaman yang disiarkan oleh penyiar awam RAI menunjukkan 16 lagi penumpang dari sebuah kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan.
Ketua Wilayah Campania yang merangkumi Naples, Vincenzo De Luca memberitahu RAI bahawa usaha menyelamat sukar dilakukan akibat keadaan berkabus dan angin kencang. - Bernama