SHAH ALAM - Pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly mencipta kontroversi apabila memperlekehkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara ASEAN.
Bekas hos Fox News itu turut mempersoalkan tindakan Jinping melawat Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, Vietnam dan Kemboja, memandangkan ketiga-tiga negara terbabit dianggap tidak mempunyai kemampuan menyokong China dari segi ekonomi.
"Baiklah, mari kami beri perkembangan anda tentang tarif. Presiden China Xi Jinping akan ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja. Hai Presiden Xi, izinkan saya memberitahu anda.
"Mereka (Vietnam, Malaysia, Kemboja) tidak mempunyai wang sama sekali. Mereka tidak dapat membantu anda (China).Mereka tidak akan membeli barangan anda kerana mereka tidak mempunyai wang," katanya dalam hantaran di platform X.
O'Reilly memaklumkan, beliau masih tertanya-tanya tentang tujuan Jinping memutuskan untuk melawat negara-negara terbabit, malah turut mengecam masyarakat Melayu.
Beliau berpandangan bahawa China mungkin cuba menghindari tarif yang dikenakan AS dengan mengubah laluan eksport melalui Vietnam.
"Jadi, saya tidak faham kenapa kamu pergi ke sana. Mungkin sekarang dia cuba menyeludup masuk barang China bawah label Vietnam. Tapi itu akan mudah terbongkar." ujarnya.
Beliau menambah bahawa keadaan akan menjadi buruk jika China kehilangan pasaran AS memandangkan negara terbabit mempunyai rakyat berkemampuan untuk membeli barangan dari China.
"Jadi, saya pun tidak tahu apa ini, anda tahu? Jika China kehilangan pasaran AS, dan saya masih percaya akan ada detente (pengenduran ketegangan) di sini, ia akan disalurkan. Ia hanya kacau.
“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ tidak akan membeli barang anda, mereka tiada duit," menurutnya lagi.
Jinping berlepas ke Kemboja pada Khamis selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari bermula Selasa ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas lawatan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam pertemuan dua hala di Kompleks Seri Perdana pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jinping membincangkan usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.